Kenali kain kapan untuk lelaki dan wanita

Ramai di luar sana beranggapan mandikan jenazah adalah remeh, anda semua silap ia cukup mudah kalau kita anggap ia mudah. Sebab sekarang cukup senang untuk kita dapatkan set kelengkapan kain kapan.Ia menjadi mudah buat kita semua,kerana set itu telah siap dipotong dan hanya kita bentangkan sahaja ia cukup mudah. Bagi kain kapan lelaki ada 3 helaian,iaitu 3 helaian kain kapan yang besar.Untuk kain kapan wanita adalah 5 helaian iaitu kain kapan besar 2 helai,kain kemban 1 helai, kain baju 1 helai, dan tudung 1 helai. Kesemua set kain kapan telah lengkap dengan kelengkapan untuk mandi dan kapan. Ada sabun,sarung tangan atau kain lap, kapas 2 biji serbuk cendana,kapur barus, air mawar, celak dan minyak wangi. Kekadang ada set kain kapan siap dengan kain batik untuk menutup jenazah selepas dikapan. Zaman sekarang cukup memudahkan waris untuk menguruskan jenazah dengan mudah.

Ulasan